Rabu, 2 Jun 2010

hidung 2nd hand

korang mesti pernah dengar resdung,sinus & kalau loghat kelate dipanggil seduan..aku salah seorang penghidap penyakit nih..seksa babe klu hidung sik nak meleleh & tekak sik de kahak jek. resdung ni dia banyak macam r.cam sesetengah orang ada yang naik jerawat banyak kt muka.cam aku lak,jerawat xde,tapi hidung aku jadi berair,bersin klu xcukup 14x mmg xberenti pastu mmg badan jadi lemah & rasa nk demam..nak kerja pun jd xsemangat..macam2 r aku try berubat..xleh dgr produk @ rawatan resdung aku mesti try..em tp setakat ni xde yg berkesan..
mula2 aku try rawatan kt kampung..xjadi..tapi benda ni yg kuar dari muka aku..jeng3..


nampak x benda yg putih2 tu namanya ulat resdung..ngeri babe..
pastu member aku suh try minum susu nih..walaupun rasanya tidak berapa lazat seperti susu nespray aku gagahkan jugak diri aku utk minum.nk sembuh kan..

last rawatan masa jomheboh kat putrajaya hari tu.housemate aku lik cerita r sal prodok nih..kononnya sorang makcik nih leh matikan resdung r..aku pun teruja r nk try.yela dapat matikan,sape yg xnak kan..makcik tu baca2 kit,pas tu bg aku beras n kunyit suh aku tumbuk lumat n lumur kt muka n syorkan aku beli sabun resdung nih


nampaknya setakat semua rawatan yg aku wat xmenjadi lg.em ALLAH nk uji aku nih..pas ni rasanya nak g wat rawatan lintah lak..walaupun takut kt lintah tapi nk try gak..klu rawatan ni menjadi alhamdulillah la kan..sebab aku ada baca dalam utusan online sat td doc pakar telinga,hidung & tekak dari Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur, Dr. Amir Izwan Mohamed Dahan cakap
``Gejalanya mungkin tidak seteruk resdung akut namun, jika tidak dirawat boleh menyebabkan kerosakan kepada sinus dan tulang pipi sehingga memerlukan pembedahan,'' katanya.

Walaupun resdung tidak boleh menjadi kanser sehingga menyebabkan hidung rompong...
ngeri tul bile pikir idung leh rompong nih..da xchumell lg..

aku nk bg info r kt korang.klu korang ada gejala kt bawah ni cepat2 r g jumpa doc ek

* Hidung tersumbat

* Lendir daripada hidung dan tekak

* Muka berasa sakit dan berat terutamanya pada bahagian antara mata

* Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang

* Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan akibat gejala di atas

* Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.

penyebab resdung ni
Susunan tulang dalaman hidung yang sempit

* Hidung bengkok

* Mandi dan terjun di dalam air yang kotor

* Jangkitan gigi atas

* Ketumbuhan di dalam hidung

* Objek dimasukkan ke dalam hidung, contohnya putik kapas, maik dan kertas

* Tisu belakang hidung yang bengkak terutamanya kanak-kanak.

Komplikasi resdung:

* Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata

* Jangkitan otak (meningitis)

* Sakit tekak yang kronik

* Jangkitan tulang muka

* Memburukkan keadaan lelah

* Berdengkur yang kronik

* Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak

* Alahan hidung atau hidung sensitif

* Selesema biasa yang melarat.

tips untuk korang klu rasa ada resdung (ni yg mak aku pesan r)
*jangan makan seafood
*kelantanis tegar makan budu cam aku terpaksa r pantang budu,belacan :(
*bile menyapu tu ttp hidung ngan kain or pakai mask sb nanti klu da bersin mmg ssh nk berenti n mata akan jadi gatal2
*yg plg penting korang kena g jumpa doc cepat2 g scan dalam hidung korang..aku da g scan adala bengkak skit2..nanti aku upload gmbr tu..

2 ulasan:

Wan Perlis berkata...

kesihatan penting

zawani jussoh berkata...

tul tu..

Catat Ulasan