Rabu, 9 Jun 2010

aPe PuNyA pEranGai daaa....

salam.....

tadi mase g beli bekpes kat foodcourt presint 9,aku beli suratkabor.sambil layanzzz nasi ayam bakar yg xsedap tp mahal tu ternampak artikel ni dlm berita harian

Penagih gian curi seluar dalam, coli


ROSLAN (kiri) dan Ketua Turus Hal Ehwal Awam IPK Terengganu, Asisten Superintendan Razali Mohamed Shahid menunjukkan seluar dalam wanita yang dirampas daripada seorang penagih di Kampung Rawai, semalam.

KUALA TERENGGANU: Serbuan polis untuk memberkas seorang penagih dadah di Kampung Rawai, Alor Limbat, Marang mendapati suspek yang juga kakitangan Pejabat Kesihatan daerah sebenarnya mempunyai hobi pelik iaitu mencuri dan menyimpan lebih 400 seluar dalam dan 10 coli wanita.
Suspek yang masih bujang mempunyai terlalu banyak koleksi pakaian dalam wanita dan siasatan mendapati dia memperolehnya dengan cara mencuri di sekitar daerah Marang dan Dungun.
Dalam serbuan jam 2.45 pagi itu, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik daerah Marang memberkas lelaki berusia 39 tahun yang didapati positif ujian dadah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Roslan Abd Wahid, berkata serbuan ke rumah suspek sebahagian operasi memberkas penagih di daerah Marang.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek mengaku mencuri dan memakai seluar dalam wanita sejak berada di sekolah menengah lagi.

“Serbuan rumah suspek atas kesalahan dadah tetapi lain pula yang kami temui dan keadaan ini agak mengejutkan,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

ciksuewanie: kepada sesape yg ada hobi camni..insaf ler..xsenonoh tul..mcm xde hobi lain..time bile la agak2nya dia g curik ek?ni mesti ms dia g wat forging nyamuk sesambil kait 'adik2' yg org jemur..macam2 ler..



ciksuewanie: jgn tiru aksi ini..hehehe..hiasan semata2..pis...

0 ulasan:

Catat Ulasan